Monday, 4 June 2012

Dialog Antara Rasulullah SAW Dengan Iblis (16-20)

Dialog Antara Rasulullah SAW Dengan Iblis (16-20)

Pertanyaan Nabi (16) :

“Siapakah orang yang paling engkau sukai?”


Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”.

Pertanyaan Nabi (17) :

“Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”


Jawab Iblis : “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk solat”.

Pertanyaan Nabi (18) :

“Apa yang dapat membinasakan dirimu?”


Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama ALLAH, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak bertadarus Al-Qur’an dan solat pada tengah malam”.

Pertanyaan Nabi (19) :

“Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?”


Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.

Pertanyaan Nabi (20) :

“Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”


Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka masih hidup, kerana engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.


Jadi selepas didedahkan dengan pengetahuan ini, diharap kita dapat menggunakan pengetahuan ini dengan sebaik mungkin agar kita tidak mudah dipengaruhi Iblis. Jika perkara-perkara ini dapat kita elakkan, pastinya kita akan dapat tewakkan bisikkan Iblis ini. INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment